A BIG FAT LIE

This is what BAM said some two weeks ago when the issue of the missing flag was highlighted in Harian Metro.
But watching the live telecast of the Danish Open Final showed clearly that the flag was still missing, perhaps now it will be another lie to cover the incompetency.

BAM akui tersilap

Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengaku berlaku kesilapan teknikal berikutan ketiadaan Jalur Gemilang di jersi pemain negara yang beraksi di kejohanan antarabangsa.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, bendera negara sepatutnya dilekatkan di dada pemain dan beliau akan memastikan Jalur Gemilang kembali mendapat tempat di setiap jersi pemain negara.

“Kami akan letak kembali bendera negara, cuma di Terbuka Taiwan kami tidak sempat untuk mencetak bendera,” kata Kenny yang memberi jaminan perkara itu tidak berulang.

Pada Terbuka Taiwan berakhir kelmarin, tidak ada seorangpun pemain BAM menyarung jersi yang tertera bendera negara.

Hal ini juga berlaku di Terbuka Jepun yang menyaksikan Datuk Lee Chong Wei muncul juara tapi tidak lagi mengucup bendera di dada sebagaimana sering dilakukannya ketika meraih setiap gelaran.

Suffice to say some are too free to criticize this blog via another blog. Go ahead and do what low life people do.