Profile of Benji Edwards, 21, New Zealand

“Benji main video games redakan tekanan”

JOHOR BAHRU: Minat golognan muda masa kini, tidak dapat dinafikan sama sekali ramai yang meminati permainan video.

 Ini termasuklah atlet sukan yang bermain di peringkat tertinggi, permainan video yang semakin mudah diaplikasikan melalui telefon pintar diibaratkan satu keperluan.

 Bagi pemain pertahanan hoki remaja New Zealand, Benji Edwards, dia amat gemar bermain permainan video namun tidak sampai ke tahap ketagihan.

 “Permainan video saya selalu main adalah Battlefield, setiap kali lapang saya akan main namun hanya untuk melepaskan tekanan dan bebaskan fikiran daripada hanya fokus kepada sukan hoki,” katanya, yang teruja bercerita.

 Meskipun mengisi masa lapang dengan bermain permainan video, dia tetap fokus dengan hoki.

 Beraksi di Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2019, Benji berkata, terlalu besar cabaran kali ini selepas pasukannya tewas dua perlawanan awal.

 Katanya, kekalahan kepada Great Britain dan India memaksa mereka bermatian-matian bangkit.

 Kebangkitan yang diinginkan New Zealand dizahirkan apabila membelasah Malaysia 6-0 dan Benji menjadi sebagian daripada tonggak kemenangan itu dengan menjaringkan tiga gol, semuanya menerusi pukulan sudut penalti.

 “Dalam sukan hoki moden, menjaringkan gol bukan lagi milik mutlak pemain di posisi serangan, sebaliknya sesiapa sahaja di atas padang mampu menjaringkan gol, sekali gus menjadikan sukan ini lebih menarik dengan taktikal bervariasi.

 “Saya sendiri seronok setiap kali dapat melakukan jaringan dan mencipta tiga gol dalam satu perlawanan sentiasa saya nanti-nantikan,” katanya.

 Dia berkata, abangnya Daniel Edwards memainkan peranan penting menggalakkan dia bermain hoki biarpun Daniel tidak pernah menyarung jersi kebangsaan.

-tamat-