Sports Minister Seeks Assistance for athletes and Ex Athletes in Stimulus Revised Package

KENYATAAN MEDIA

MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

25 MAC 2020 (RABU)

KBS MENYERAHKAN CADANGAN DAN SUARA HATI BELIA DAN SUKAN NEGARA UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2.0: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN UNTUK RAKYAT

—————————————————————

1. Pada hari ini, saya dan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkesempatan bertemu YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal ekonomi bagi menyerahkan dokumen berhubung cadangan-cadangan berkaitan belia dan sukan negara untuk dipertimbang dan dimasukkan ke dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 yang dijadual akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Mac 2020.

2. Cadangan-cadangan ini merupakan sebahagian daripada maklum balas yang telah diterima oleh saya, YB Timbalan Menteri serta pasukan KBS sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta lanjutan daripada Tujuh (7) Inisiatif Proaktif KBS yang telah diumumkan pada minggu lalu.

3. Pelbagai pihak termasuklah organisasi belia, persatuan- persatuan sukan, orang perseorangan termasuk para atlet, bekas atlet dan peminat sukan telah mengemukakan cadangan yang cukup konstruktif. Ia juga merupakan cadangan yang tidak terhad kepada KBS sahaja malah lebih inklusif, merentas Kementerian/Agensi (cross-ministries).

1

4. Di antara intipati umum cadangan awal yang disentuh dan dibawa pihak KBS untuk pertimbangan Sekretariat EAC:

(i) Perumahan belia dan kemampanan hidup belia khususnya di bandar-bandar besar;

(ii) Pemerkasaan dan pengukuhan ekonomi belia;

(iii) Cadangan bantuan dan inisiatif kewangan segera yang boleh memberikan sedikit kelegaan kepada warga belia khususnya graduan belia yang masih belum mempunyai simpanan/kedudukan

kewangan yang kondusif;

(iv) Inisiatif menyokong kumpulan belia di dalam

sektor Perkhidmatan Awam;

(v) Inisiatif pembangunan sukan dan industri sukan

negara; dan

(vi) Inisiatif menyokong kebajikan atlet dan bekas

atlet;

5. Hal ehwal berkaitan belia khususnya merupakan our common interests yang merentas pelbagai Kementerian/Agensi. Justeru ia perlu dibawa dalam satu pakej yang tersusun agar kehendak dan suara hati mereka didengari dengan lebih jelas dan bersepadu. Lebih penting sekali, saya beri jaminan, no one is left behind dalam usaha menjayakan agenda pembangunan belia dan sukan.

6. Cadangan-cadangan ini juga saya kemukakan kepada YAB Perdana Menteri dan Ahli-Ahli Jemaah Menteri yang berkaitan untuk dinilai bagi manfaat bersama.

7. Saya bersama YB Timbalan Menteri dan pasukan KBS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa peka, cakna dan prihatin terhadap agenda pembangunan belia dan sukan serta kekal komited untuk menjayakannya bersama-sama.

Sekian, salam hormat.

DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN