SUKMA dates decided

KENYATAAN MEDIA

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TERTINGGI SUKMA MENGENAI TARIKH PENGANJURAN SUKAN MALAYSIA JOHOR 2020

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia secara dalam talian pada hari ini.

Mesyuarat ini telah disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang terdiri dari wakil dari semua negeri, Majlis Olimpik Malaysia, Institut Sukan Negara serta Sekretariat Sukan Malaysia Johor.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia telah bersetuju dan memutuskan tentang beberapa perkara mengenai Status Penganjuran Sukan Malaysia Johor 2020 seperti berikut:-

1) TarikhPenganjuran:

Sukan Malaysia Johor 2020 pada 06 – 14 Mac 2021 Para Sukma Johor 2020 pada 05 – 10 April 2021

2) Penjenamaan:

Mengekalkan nama Sukma 2020 dan Para Sukma 2020

3) Teknikal:

Pindaan kepada Peraturan Am hanya untuk SUKMA 2020

• Perkara 3.1 – Tambahan: Atlet-atlet yang telah didaftarkan dalam senarai pendaftaran awal (long list) sebelum 9 Januari 2020 dibenarkan mengambil bahagian di SUKMA Johor 2020 walaupun melebihi had umur seperti yang telah ditetapkan.

• Perkara 4.8 – Tambahan: Pertukaran atlet untuk senarai panjang boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2020 hanya melibatkan kes kecederaan (mesti mendapat pengesahan doktor) atau tidak mendapat pelepasan Majikan / Institusi Pendidikan (mesti disertakan surat pengesahan pelepasan). Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal untuk kelulusan.

• Perkara 4.10 – Pindaan: Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama atlet dan acara (senarai pendek) hendaklah dikemukakan oleh kontinjen kepada Sekretariat SUKMA Johor 2020 tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

• Perkara 4.11 – Pindaan : Mesyuarat Pertindihan Atlet akan diadakan pada 18 Januari 2021.

• Perkara 6.3 – Pindaan : Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2021.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa tertinggi seterusnya akan diadakan pada bulan Oktober 2020 untuk kita bincangkan semula tarikh SUKMA ini jika ada sebarang perubahan.

Saya berharap dengan adanya keputusan ini semua atlet – atlet pelapis kita di negeri – negeri akan terus melakukan latihan persendirian berdasarkan program latihan yang telah dibekalkan oleh jurulatih masing – masing di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Selain itu saya juga memohon agar semua atlet, jurulatih serta pegawai sukan di seluruh Negara untuk terus mematuhi arahan dan panduan tatacara pembersihan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta menghadkan sebarang pergerakan masing – masing di samping melakukan ‘self quarantine’ serta melaksanakan penjarakan sosial (social distancing).

DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA