SUKMA POSTPONED : KENYATAAN MEDIA MENTERI BELIA DAN SUKAN

KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TERTINGGI SUKAN MALAYSIA MENGENAI PENGANJURAN SUKMA JOHOR 2020

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia secara sidang video hari ini untuk membincangkan mengenai penganjuran SUKMA Johor 2020 ekoran ancaman wabak COVID-19 yang melanda Malaysia kini. Sidang video tersebut telah disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang terdiri dari 14 Exco / Menteri Belia & Sukan Negeri (termasuk Johor selaku tuan rumah), Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara dan Sekretariat Sukan Malaysia Johor.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia telah membuat keputusan tersebut

mengambilkira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut.

Mesyuarat juga telah mengenalpasti dua (2) cadangan tarikh yang menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember 2020 ataupun dianjakkan ke tahun 2021 setelah mengambilkira perkara-perkara berikut:

a) Pemantauan berterusan perkembangan wabak Covid-19;

b) Tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting yang lain seperti

peperiksaan awam, acara-acara sukan utama; dan

c) Menelitidanmengambilkirakepentingansemuapemegangtaruh SUKMA Johor 2020, khususnya Negeri Johor sebagai tuan rumah.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga bersetuju agar tarikh baru akan diputuskan secepat yang mungkin pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang akan datang, selewat-lewatnya pada awal bulan Mei 2020.

Selari dengan itu, saya juga telah mengarahkan Ketua Pengarah MSN dengan kerjasama Sekretariat Sukan Malaysia Johor untuk membuat penelitian yang komprehensif dengan mengambilkira maklumbalas daripada semua pemegang taruh merangkumi aspek-aspek kelayakan dan persiapan atlet, implikasi ke atas aktiviti promosi, pemasaran, program-program pra-SUKMA, penajaan, branding, liputan media, persiapan logistik, kemudahan pertandingan sukan spesifik dan lain- lain aspek yang berkaitan untuk dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia akan datang.

PARA SUKMA Johor 2020

Saya juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Para SUKMA Johor 2020 untuk mengambil tindakan serupa untuk menangguhkan temasya tersebut yang dijadualkan selepas SUKMA Johor 2020.

Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020

Mengenai perkembangan terkini Sukan Olimpik Tokyo 2020, saya mengalu- alukan keputusan IOC dan Jepun selaku penganjur untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo ke tahun 2021 mengambilkira situasi semasa COVID- 19 dan atas kepentingan yang paling utama iaitu untuk menjaga keselamatan dan kesihatan atlet, pegawai dan semua yang terlibat. Dalam pada itu, KBS dan MOM akan bekerjasama rapat untuk meneliti implikasi-implikasi keputusan tersebut ke atas atlet-atlet dalam masa yang terdekat ini.

DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA