Youth and Sports Minister Official Statement is gradual return for sports

Minister official statement

Saya percaya ramai penggiat sukan tanahair menyambut baik pengumuman YAB PM pada hari ini yang telah memberikan lampu hijau dan ruang untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP-SOP yang akan ditetapkan.

Berita gembira tersebut akan memberi manfaat kepada komuniti sukan dan industri sukan secara umumnya. Antara yang YAB PM umumkan sebentar tadi adalah:

1. Kebenaran untuk latihan persediaan pasukan;

2. aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan dan aktiviti berkumpulan di luar;

3. Tidak dibenarkan pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai; dan

4. Tidak dibenarkan sukan renang dan kolam renang awam.

Dengan kelonggaran yang diberikan ini, apa yang dapat diperkatakan adalah negara sudah bersedia untuk kembalikan dunia sukan. Pelbagai inisiatif dan cadangan SOP sektor sukan dan dari negara luar juga telah diteliti dan telah mengambilkira pandangan pihak MKN dan KKM yang bakal dilaksanakan secara beransur dan dengan tanggungjawab bersama semua pihak.

Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri akan mengadakan Sidang Media pada hari esok, Isnin 2 petang dan saya juga akan mengadakan Sidang Media pada jam 4 petang di KBS. Kami akan memberikan lebih perincian kepada keputusan Kerajaan dan SOP-SOP pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 2 termasuklah tarikh ianya akan berkuatkuasa – Menteri Belia dan Sukan